Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan program sambutan Nuzul Al-Quran peringkat IKDAR tahun 2025M/1446H pada 17 Mac 2025. Antara program yang diadakan adalah ceramah Nuzul Al-Quran. Ceramah yang bertajuk “Nuzul Al-Quran dan Perpaduan Ummah” ini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Afifi bin Abdul Rahman, Pengetua Tahfiz Darussolehah. Semua pelajar telah terlibat secara langsung dalam ceramah ini.

Perpaduan adalah kunci kejayaan umat Islam. Dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan, kita dapat mengeratkan hubungan sesama kita, menghormati perbezaan, dan bekerjasama untuk mencapai kebaikan bersama. Setiap langkah kita harus berlandaskan nilai-nilai yang terkandung dalam kitab Allah ini, demi mewujudkan masyarakat yang lebih adil, damai, dan sejahtera.

Marilah kita jadikan peringatan Nuzul Al-Quran ini sebagai satu titik tolak untuk memperkukuhkan lagi perpaduan ummah. Dengan semangat Al-Quran, kita boleh bersatu, bergerak maju bersama dalam menghadapi segala cabaran dan meraih kejayaan yang lebih besar. Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT dan menjadi cahaya petunjuk dalam setiap langkah kita. Terima kasih kepada penceramah atas kesudian meluangkan masa menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar IKDAR