Program Bakul Ramadhan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan program bakul ramadhan pada 20 Mac 2025. Program ini dilaksanakan adalah untuk menziarahi pelajar-pelajar yang tinggal di luar asrama dan inisiatif pihak pengurusan untuk memastikan kebajikan pelajar di luar asrama terjaga dengan baik.

Turut hadir bersama YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama barisan pensyarah. Semoga dengan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban pelajar-pelajar IKDAR. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

0-3968×2976-0-0#