Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan Program Ihya Ramadhan IKDAR 1446H / 2025 pada 27 Mac 2025 di Dewan IKDAR. Program ini melibatkan semua kakitangan dan pelajar IKDAR. Program tersebut meliputi Rakaman Takbir Raya, Majlis Khatam al-Quran, Majlis Penutup Ihya Ramadhan, Iftar Perdana dan Solat Terawih berjemaah.

YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR meluangkan masa hadir ke program tersebut dan menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Imam Terbaik terawih dan Sijil Penghargaan Khatam al-Quran 30 Juzuk sepanjang bulan Ramadhan 1446H dalam Majlis Penutup Ihya Ramadhan. Turut hadir bersama YBrs. Drs. Zamri Bin Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pengarah Institusi IKDAR ke Majlis Penutup Ihya Ramadhan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Ihya Ramadhan IKDAR 1446H / 2025M. Tahniah diucapkan kepada para penerima Sijil Penghargaan. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Klik disini untuk mendaftar

https://ikdar.vialing.com/oa/login