Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan ujian terbuka hafazan siri 2 bagi pelajar IKDAR pada 23 April 2025 bertempat di Dewan IKDAR. Ujian ini telah dipanelkan oleh panel luar iaitu Ustaz Syahidan Bin Abu Hanifah. Ujian ini diwakili oleh dua orang setiap batch pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menyertai ujian terbuka hafazan ini.

Hafazan bukan sekadar menghafal huruf dan kata-kata dari Al-Qur’an. Ia adalah proses menyemai cinta terhadap wahyu Ilahi, mendidik jiwa untuk dekat dengan Allah, dan membentuk keperibadian melalui kalimah suci. Semoga setiap pelajar mendapat manfaat dan terus bersemangat untuk meningkatkan hafazan dan memperbaiki bacaan mereka.