Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Muhammad Nur Anaqi Bin Mohd Assabri kerana telah berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori bagi Hafazan Al-Quran 1-10 Juzuk serta Bertaranum(Lelaki) dalam Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1446H/2025M yang telah diadakan di Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis.

Semoga pencapaian ini menjadi pendorong untuk terus maju dan pencapaian ini bukan sahaja bukti kecemerlangan dalam hafazan, tetapi juga dedikasi serta usaha yang penuh kesungguhan. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada semua untuk terus mendalami Al-Quran dan mengamalkan ajaran-Nya dalam kehidupan seharian. Teruskan usaha, dan semoga setiap langkah di jalan ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.






