Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dengan kerjasama Kolej Komuniti Chenderoh telah menganjurkan karnival Inovasi Pendidikan Peringkat Antarabangsa Tahun 2025 pada 07 Mei 2025 bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Ipoh Perak. Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah dijemput untuk mengadakan pameran pada karnival tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada urusetia atas jemputan ini. Semoga karnival sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.





