Forum Perdana Ehwal Islam : Membangun Generasi Huffaz Berkemahiran telah diadakan pada 12 Jun 2025 bertempat di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka yang dianjurkan oleh Majlis TVET Negara bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz TVET, Majlis TVET Negara telah hadir sebagai panel dalam forum tersebut. Turut hadir bersama sebagai Panel ialah Dato’ Haji Badli Shah Haji Alauddin , Timbalan Mufti Pahang dan Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan , Pendakwah.

Generasi Huffaz yang bukan sahaja celik al-Quran, tetapi juga berkemahiran tinggi, berdaya saing, dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa, dan negara. Oleh itu forum ini memfokuskan tentang gabungan ilmu al-Quran dengan kemahiran kontemporari menjadikan generasi yang lebih versatil dan mampu menyumbang secara aktif dalam pelbagai bidang. Konsep ini mencerminkan keperluan generasi baharu untuk menjadi pemimpin masyarakat yang seimbang dari segi rohani dan kemahiran duniawi.






