Delegasi Lembaga Pengarah Institusi Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YABhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato’ Seri Haji Wan Mohd. Isa Bin Dato’ Seri Haji Wan Mohd. Razali pada 22 Julai 2025 bertempat di Pejabat Orang Besar Jajahan, Larut Matang dan Selama selaku Penasihat IKDAR.
Delegasi ini telah diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Haji Muhamad Asri Bin Haji Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah Institusi IKDAR. Dalam kunjungan ini, turut hadir bersama Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR, Ahli-ahli Lembaga yang terdiri daripada YBrs. Dr. Mior Ahmad Termizi Bin Mior Idris dan YBrs. Drs. Zamri Bin Abdul Hamid serta YBrs. Tuan Syed Mohamad Bin Syed Zakaria, Penasihat Undang-Undang IKDAR.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli LPI dan Penasihat IKDAR. Selain itu, kunjungan ini juga bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan pengurusan IKDAR bagi tahun 2025/2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YABhg. Dato’ Seri atas kesudian menerima kunjungan ini serta atas sokongan berterusan terhadap pembangunan IKDAR.





