Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah menerima kunjungan dan lawatan dari pegawai Jabatan Kemahiran Malaysia lawatan Panel Penilai Pentauliahan Kemahiran bagi Pembaharuan Program Diploma Kemahiran Malaysia Pengajaran Tahfiz. Lawatan ini diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Rektor IKDAR.

Lawatan ini telah dihadiri oleh Dr. Mohd Sabri Bin Jamaludin dan Ts. Mohmad Zairi Bin Ramly.Ts. Mohamad Zairi Bin Ramly. Lawatan ini telah disambut baik oleh Puan Siti Norlina Binti Samad, Pengarah IKDAR Cawangan Taiping. Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian pihak JPK hadir bagi lawatan ini dan setinggi-tinggi penghargaan kepada kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini.






