Mesyuarat Lembaga Pengarah Institusi Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) Bilangan 02/2025

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Institusi IKDAR Bilangan 02/2025 pada 11 Disember 2025 bertempat di Hotel Bangi Resort. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Haji Muhamad Asri Bin Haji Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah Institusi IKDAR Sesi 2024/2026. Beberapa perkara telah dibentangkan dan antaranya adalah pembentangan laporan tahunan dan perancangan tahun 2026 yang telah dibentang oleh YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR. Beberapa kertas cadangan dan polisi yang telah ditambah baik juga turut dibentangkan untuk mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengarah Institusi.

Semoga polisi dan perancangan tahun 2026 dapat dijalankan dengan baik dan dapat lebih memajukan IKDAR dalam melahirkan huffaz yang cemerlang dari segi kerohanian dan pendidikan yang berkualiti.