Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) Cawangan Sabah melalui Sekretariat Pendidikan Lanjutan Tahfiz bersama-sama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Sabah (PISA) telah menganjurkan Program Outreach Institusi Pendidikan Islam Rakyat Negeri Sabah 1.0 Peringkat Daerah Kota Kinabalu pada 14 Disember 2025 bertempat di Auditorium Adtec JTM Kampus Kota Kinabalu. Program ini menghimpunkan para pelajar, pentadbir Institusi Tahfiz , Pondok dan Sekolah Agama Rakyat serta Ibu bapa lebih daripada 100 orang yang hadir daripada daerah Kota Kinabalu. Program ini sebagai platform perkongsian maklumat dan penyelarasan hala tuju pendidikan pelajar tahfiz, pondok dan pendidikan Islam. Program ini juga memberi pendedahan menyeluruh berkaitan peluang lanjutan pendidikan khususnya laluan pendidikan yang lebih terancang kepada para pelajar tahfiz.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Haji Sapawi Bin Amat Wasali @ Ahmad, Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR, YBhg. Datuk Lahirul Latigu, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), YBrs. Ts. Sudirman Bin Hammade, Pengarah Adtec JTM Kota Kinabalu, YBrs. Dr. Putera Aliif Al’Ain Bin Jasni, Ketua Penolong Setiausaha Wakil Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah, Al-Fadhil Ustaz Mohd Anuar Bin Ali, Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Sabah (PISA), serta wakil-wakil daripada USIA, Jabatan Kerajaan, Persatuan, Sekolah Tahfiz, Pondok dan Institusi Pendidikan Islam Agama Rakyat.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini demi memperkasa pendidikan Islam dan pembangunan modal insan. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir






