Program Outreach Institusi Pendidikan Islam Rakyat Negeri Sabah 1.0 Peringkat Daerah Tawau

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) Cawangan Sabah melalui Sekretariat Pendidikan Lanjutan Tahfiz bersama-sama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah menganjurkan Program Outreach Institusi Pendidikan Islam Rakyat Negeri Sabah 1.0 Peringkat Daerah Tawau pada 07 Februari 2026 bertempat di Dewan Tun Mustapha, Masjid Raya Tawau. Program ini menghimpunkan para pelajar, pentadbir Institusi Tahfiz , Pondok dan Sekolah Agama Rakyat, Guru-Guru Sekolah Agama Negeri dan KAFA serta Ibu bapa lebih daripada 100 orang yang hadir daripada daerah Tawau. Program ini sebagai platform perkongsian maklumat dan penyelarasan hala tuju pendidikan pelajar tahfiz, pondok dan pendidikan Islam. Program ini juga memberi pendedahan menyeluruh berkaitan peluang lanjutan pendidikan khususnya laluan pendidikan yang lebih terancang kepada para pelajar tahfiz dan guru-guru.

Majlis Perasmian ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Nizam Bin Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Haji Sapawi Bin Haji Ahmad, Yang Dipertua USIA, YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR, serta wakil-wakil daripada USIA, Jabatan Kerajaan, Persatuan, Sekolah Tahfiz, Pondok dan Institusi Pendidikan Islam Agama Rakyat.

Perkongsian taklimat bagi program ini telah disampaikan oleh Ustaz Dr. PU Azihal Bangsawan, Pengerusi Maahad Tahfiz Darul Hassanah, Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Ahli Majlis TVET Negara, Dr. Halimatus Saadiah Binti Mat Saad, Pensyarah Cemerlang, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau, Puan Rajunah Binti Radin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini demi memperkasa pendidikan Islam dan pembangunan modal insan. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir.