Majlis Anugerah Institusi TVET 5 Bintang yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, menyaksikan pengumuman rangka kerja baharu Malaysia TVET Rating sebagai penanda aras nasional penarafan bersepadu TVET. Inisiatif ini memperkukuh ketelusan, kualiti program dan keberhasilan graduan, selari aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13.

Majlis anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia ini menyaksikan 62 institusi melibatkan 155 program menerima Anugerah 5 Bintang bagi sesi 2025 sebagai pengiktirafan tertinggi terhadap kecemerlangan latihan kemahiran dan tadbir urus institusi.






