Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan Program Khatam al-Quran peringkat Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan pada 17 Mac 2026 bertempat di Dewan IKDAR. Program ini telah dihadiri oleh Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR dan Puan Siti Norlina Bte Samad, Pengarah IKDAR Cawangan Taiping.

Selain itu, program ini turut diteruskan dengan majlis Iftar Jamaie yang menghimpunkan seluruh warga IKDAR dalam suasana penuh harmoni dan kebersamaan. Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah menyemai semangat ukhuwah dan nilai kebersamaan yang tinggi dalam kalangan warga institut. Diharapkan program sebegini dapat memberi impak positif dalam membentuk sahsiah dan keperibadian warga IKDAR yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

‘Melahirkan Huffaz Teknokrat”




