Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H peringkat Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah berlangsung dengan jayanya pada 9 April 2026 bertempat di Dewan IKDAR.

Majlis yang diadakan ini bukan sahaja sebagai tanda meraikan bulan Syawal yang mulia, malah turut menjadi platform dalam mengeratkan ukhuwah serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga institut.

Pihak institut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha yang dicurahkan diberkati dan hubungan silaturahim yang terjalin terus utuh.

“Syawal Dirai, Ukhuwah Diperkasa”