Alhamdulillah, Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Islam Aceh (UIA), Indonesia, yang turut disusuli dengan International Guest Lecture melibatkan ahli akademik dan warga universiti.
Kerjasama ini menjadi satu platform penting dalam memperluaskan hubungan dua hala antara IKDAR dan UIA, khususnya dalam bidang pendidikan, penyelidikan, mobiliti akademik, pembangunan kurikulum, perkongsian kepakaran serta pelaksanaan program-program antarabangsa yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.

Delegasi IKDAR diketuai oleh Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin, Rektor IKDAR, bersama barisan kepimpinan institusi yang terdiri daripada:
* YBhg. Prof. Madya Dato’ Haji Muhamad Asri bin Haji Abdullah – Pengerusi Lembaga Pengarah Institusi IKDAR
* Tuan Syed Mohamad bin Syed Zakaria – Penasihat Undang-Undang IKDAR
* Dr. Ahmad Muzammil bin Mohamad Shapawi – Ketua Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa IKDAR
Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan Islam, melahirkan modal insan berkualiti serta memperkukuhkan hubungan serantau antara Malaysia dan Indonesia demi manfaat bersama.
Artikel:





