International Community Engagement

Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam (FEBI) UIN Ar-Raniry Banda Aceh dengan kerjasama Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan perkongsian berkaitan pengurusan dana bagi institusi pendidikan agama pada pagi tadi.

Program ini bertempat di Pejabat PEMATAP, Ipoh pada dengan kehadiran oleh barisan pensyarah dan pelajar dari (FEBI), Pengerusi PEMATAP sendiri serta wakil daripada persatuan-persatuan tahfiz dan wakil pengurusan dari madrasah juga pensyarah dan pelajar IKDAR. Perkongsian ini disampaikan oleh panel khas dari FEBI sendiri bagi tiga (3) slot.

Turut diadakan majlis tandatangan Memorandom of Agreement (MoA) IInstitut Kemahiran Islam Darul Ridzuan – IKDARdengan Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam (FEBI) UIN Ar-Raniry Banda Aceh oleh Rektor IKDAR, Dr Mohammad Faizal Bin Tahiruddin dan Dekan UIN Raniry, Dr Hafas Furqani.

Semoga dengan perkongsian ilmu dan pengalaman berdasarkan pengurusan dana bagi institusi agama di Indonesia dapat sedikit sebanyak diambil manfaat dan diaplikasikan demi pengurusan yang lebih cekap.