Watikah Pelantikan MPP Sesi 2023/2024 dan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Alhamdulillah selesai majlis perhimpunan bulanan bersama semua kakitangan dan pelajar IKDAR. Turut diadakan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2023/2024, syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baru diatas pelantikan dan tugasan yang diberi, semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah. Penyerahan watikah ini telah disempurnakan oleh Rektor IKDAR, Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin dan diiringi oleh Timbalan Pengarah Jabatan Operasi dan Latihan , En Saiful Hizam Bin Abu Zarim.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan Pelancaran Bulan Kemerdekaan di peringkat Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) dengan persembahan silat, kibar Jalur Gemilang dan nyanyian lagu patriotik.

Melahirkan Huffaz Teknokrat