Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) usahasama mengendalikan PLD USIA -Al Bukhary Kg. Merasinsim Kota Marudu Sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Untuk Lepasan Tahfiz Negeri Sabah diantara USIA dengan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan – IKDAR. Majlis bersejarah ini telah disaksikan sendiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

IKDAR diwakili oleh Rektor YBrs. Dr Muhammad Faizal bin Tahiruddin disaksikan Pengerusi Lembaga Penasihat Akademik IKDAR, YBrs. Prof. Dr Ismail bin Mat. USIA pula diwakili oleh YBrs. Tuan Iman bin Ali, Setiausaha Agung USIA dan disaksikan YBrs. Tuan Haji Sainuri bin Yahmin, Bendahari Agung USIA.
Majlis MoU ini diadakan dalam satu aturcara program yang melibatkan lebih 5,000 hadirin iaitu Forum Malaysia Madani dan Forum WAM2CARE Peringkat Zon Tawau di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah.






