Harini IKDAR telah mengadakan kunjungan hormat ke Persatuan Tahfiz negeri Kedah darul Aman PETANDA. Kunjungan diwakili oleh Rektor IKDAR, Dr Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Ketua Jabatan IBS, Puan Siti Norlina Bte Hj Samad, Pegawai Korporat dan Tugas Tugas Khas serta Koordinator Pendidikan dan Tahfiz IKDAR.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk pengenalan IKDAR serta menjalin kerjasama bagi program-program akan datang. Semoga segala usaha bagi memperkasa institusi tahfiz dibukakan jalan seluas-luasnya oleh yang Maha Esa. Amin.







