MoA Institut kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) dan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Alhamdulillah pada hari ini telah selesai majlis menandatangani memorandum perjanjian (MOA) antara Institut kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) dan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). MoA antara IKDAR dan MARSAH ini ditandangani oleh Rektor IKDAR, Dr Muhammad Faizal Bin Tahiruddin ditemani oleh Profesor Ismail bin Mat dan wakil MARSAH, Prof. Madya Dr Hussin bin Salamon. Menandatangani MoA ini bertempat di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

MoA ini bertujuan untuk menguatkan lagi kerjasama pendidikan antara IKDAR dan MARSAH bagi perlaksanaan Program Diploma Pendidikan Islam secara terbuka dan Jarak Jauh (ODL ) secara separuh masa.

Mudah-mudahan dengan kerjasama ini dapat melahirkan lebih ramai lagi guru-guru yang mempunyai pengiktirafan dalam pendidikan Islam sekaligus dapat mempertingkatkan kemahiran mengajar di kalangan guru-guru lepasan pengajian Islam.

Melahirkan Huffaz Teknokrat