Telah berlangsung Sabah TVET Symposium selama dua hari yang diadakan di The Magellan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.

Dr Muhammad Faizal bin Tahiruddin selaku Rektor IKDAR yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) dijemput sebagai salah seorang speaker bagi simposium ini bagi tema “TVET Talent Development” dengan membawa tajuk “Way Forward TVET Tahfiz Malaysia Pendidikan Tahfiz Ikhtisas”

Semoga dengan penerangan di simposium ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada perwakilan yang hadir dan memberikan lebih banyak peluang dan pilihan kepada pelajar lepasan tahfiz untuk melanjutkan pengajian dan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.