MoU Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan dan Institut Pengajian Tafaqquh dan Tahfiz Al-Makki

Alhamdulillah..hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institut Pengajian Tafaqquh dan Tahfiz Al-Makki bagi menjalinkan persefahaman serta mewujudkan kerjasama dan meneroka peluang untuk membangun, menyokong, memperkaya pembangunan akademik, penyelidikan dan pendidikan tinggi dalam bidang-bidang yang akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak termasuk pelajar Ma’ahad Al-Makki.

Dengan termeterainya memorandum ini, akan menjalankan program kerjasama antaranya kesinambungan pengajian ke peringkat Diploma di IKDAR, penempatan kerjaya dan latihan guru dan pelajar, dan juga ketukaran kepakaran.

MoU ditandatangani oleh Rektor IKDAR, Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin dan Pengerusi Institut Pengajian Tafaqquh dan Tahfiz Al-Makki, Tuan Hj Suhaimi bin Suhaili.