Alhamdulillah telah pun berlangsung acara Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah bersempena ulang tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2023. Rektor IKDAR, YBrs.Dr. Muhammad Faizal Tahiruddin turut dijemput sebagai tetamu kehormat dan berbesar hati menyertai acara pada pagi ini.
Acara yang bermula pada jam 06.20 pagi melibatkan jarak larian sepanjang 3.5km dengan melewati tujuh checkeckpoint yang mana beberapa checkpoint disajikan dengan persembahan pancaragam. Larian yang dimulakan di Dataran Warisan mendapat penyertaan yang amat meriah daripada warga setempat.






