Rektor IKDAR yang juga merupakan Pengerusi JKK Pembangunan Tahfiz Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) telah dijemput sebagai penceramah dalam Simposium TVET Melaka 2023 sempena Karnival Pendidikan & Kerjaya TVET Melaka 2023.
Rektor telah membawa tajuk Halatuju Pendidikan Tahfiz melalui Pendidikan Tahfiz TVET dalam sesi kedua forum tersebut. Simposium ini berlangsung di MITC Ayer Keroh Melaka dengan kehadiran YB Datuk Khaidirah binti Abu Zahar selaku Pengerusi Majlis TVET Negeri Melaka dan akan dirasmikan pada Perasmian Penutup oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh selaku Ketua Menteri Melaka.






