Sambutan Tiga Dekad Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Kelantan

Pada hari ini telah berlangsung sambutan Tiga Dekad Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Kelantan dan Pengisytiharan Penubuhan Maahad Tahfiz Jajahan Kuala Krai dan Jajahan Gua Musang di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa Kelantan.

Rektor IKDAR turut dijemput oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) dalam majlis tersebut dan menyampaikan ceramah yang bertajuk Prospek dan Potensi Pendidikan Tahfiz Al-Quran dalam Arus Moden. Perkongsian ini dalam masa yang sama dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa, pelajar, pentadbir sekolah dan semua pihak berkenaan potensi serta peluang yang ada bagi pelajar dari institusi tahfiz untuk membina laluan ke peringkat pengajian tinggi seterusnya membina kerjaya dengan memiliki persijilan.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan iaitu YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haki Mohd Nassaruddin bin Haji Daud. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, YB Haji Wan Roslan bin Wan Hamat.