Sedang berlangsung majlis Huffaz Kebangsaan 2023 dengan tema “Mengarus Perdana Pendidikan dan Kerjaya Lepasan Tahfiz” di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan Pahang pada 04 hingga 05 Disember 2023.
Rektor IKDAR, Dr. Muhammad Faizal Tahiruddin telah dijemput bagi slot pembentangan selari (parallel session) pada hari ini bersama dengan panel dari Yayasan Pahang Advance Skills (YP AS) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Timur dengan tajuk “Peluang dan Kerjaya Huffaz Madrasah: Suatu Perkongsian”.
Majlis akan dirasmikan pada malam ini oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Hj Wan Rosdy bin Wan Ismail SSAP., DSA., DIMP., SMP., AMP., dan perasmian penutup pada 05 Disember oleh EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.






