Alhamdulillah telah selesai lawatan penentusahan pentauliahan program latihan kemahiran ke Pusat Bertauliah Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) L02684 bagi pembaharuan program Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan Pentadbiran.
Lawatan ini melibatkan pembentangan dan lawatan fasiliti yang diketuai oleh Pegawai Penilai dari JPK iaitu Encik Uda Hamdan bin Abd Rahim bersama dengan panel Puan Hafbsoh binti Abdullah dan Puan Fitri binti Ali Muhammad.
Turut sama dalam penilaian ini ialah Pengurus Pusat Bertauliah IKDAR, Pn Siti Norlina binti Samad bersama dengan personel lantikan.






