Alhamdulillah IKDAR telah menerima kunjungan daripada Pengerusi TEKUN Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Abdullah Sani bin Abdul Majid dan isteri bersama dengan pegawai-pegawai TEKUN. Kunjungan singkat ini disambut oleh Rektor IKDAR, Dr. Muhammad Faizal Tahiruddin. Pihak IKDAR sempat memberi sedikit pengenalan berkenaan IKDAR serta program yang dijalankan serta tayangan video korporat IKDAR.
Terima kasih atas kunjungan daripada YBhg. Dato’ dan YBhg. Datin, serta TEKUN Malaysia ke IKDAR dan semoga ada jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.






