Kunjungan Hormat ADTEC Taiping dan Perbincangan TVET Tahfiz 2024

Alhamdulillah, pihak IKDAR telah menerima kunjungan hormat dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping pada petang tadi. Kunjungan tersebut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Latihan), En. Baharil Ihzan bin Onn; Pn. Sapura @ Shalieza binti Hashim selalu Timbalan Pengarah (Operasi), En Rostam bin Mohamad Zin, Penolong Pengarah (BPPL); Pn. Noor Raasiah binti Che Mat, Penolong Pengarah (BKKL); En. Zulkifli bin Mat Atari, Bah. Teknologi Komposit; Pn Rokiah binti Ahmad, Bah. Teknologi Komputer; dan Pegawai BBKL.

Kunjungan ini membawa kepada perbincangan kerjasama antara ADTEC Taiping dengan IKDAR bagi penglibatan pelajar tahfiz dalam pelbagai cabang TVET. Majlis dipengerusikan oleh Rektor IKDAR, Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin dengan kehadiran ketua-ketua unit IKDAR.

Semoga usaha ini membawa kepada penghasilan pelajar tahfiz yang bukan sahaja berjiwa Al-quran, malah pakar dalam bidang kemahiran sekaligus menghasilkan huffaz teknokrat.