Dalam usaha IKDAR untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa, pihak maahad tahfiz dan pelajar berkenaan peluang pendidikan lepasan tahfiz tanpa SPM, IKDAR telah mengadakan program Hari Terbuka 2024 yang berlangsung di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh.
Program pada hari ni melibatkan taklimat berkenaan peluang lanjutan pengajian pelajar tahfiz serta program fast-track SPM percuma yang ditawarkan. IKDAR turut mengadakan temuduga pelajar bagi sesi ambilan baharu 2024.
Taklimat pada hari ini disampaikan oleh Dr. Muhammad Faizal Tahiruddin selaku Rektor IKDAR bersama dengan Pn Siti Norlina, Ketua Unit Akademik. Ibu bapa serta penonton FB live juga turut mengambil peluang ini untuk bertanya lanjut berkenaan sistem pengajian IKDAR.
Program ini dihadiri oleh ibu bapa serta calon temuduga serta turut disiar secara langsung melalui FB live. Semoga program hari ini memberi manfaat serta pendedahan kepada semua pihak yang berkaitan. Amin.







