Alhamdulillah, IKDAR telah mengadakan program Hari Terbuka 2024 di kampus utama, Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan, Taiping Perak semalam

Program melibatkan taklimat berkenaan pengenalan dan peluang lanjutan pengajian pelajar tahfiz serta program yang ditawarkan. IKDAR turut mengadakan temuduga pelajar bagi sesi ambilan baharu 2024.

Taklimat dan konsultasi dengan ibubapa telah disampaikan oleh Pn Siti Norlina, Ketua Unit Akademik bersama pegawai kemasukan pelajar. Semoga program ini memberi manfaat serta pendedahan kepada semua pihak yang berkaitan. Amin.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir walaupun dari jauh