Alhamdulillah selesai Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan tahun 1445H/2024M yang telah berlangsung semalam. Syabas dan tahniah diucapkan kepada 2 orang pelajar IKDAR yang telah menyertai dan mendapat Johan dalam Hafazan Al-Quran Kategori 1-10 juzuk berserta tarannum, Siti Nursyifaa Binti Shahrizal dan Johan Hafazan Al-Quran Kategori 1-20 juzuk, Solehatul Munirah Binti Shamsudin.
Tahniah diucapkan & Semoga kejayaan yang diperoleh dapat memberikan inpirasi kepada pelajar-pelajar yang lain dan sekaligus dapat menjadi pembakar semangat untuk terus beroleh kejayaan di peringkat yang seterusnya.
Melahirkan Huffaz Teknokrat






