Pada 16 Ramadan 1445H, telah diadakan sambutan Nuzul Al-Quran dan Iftar Jamaie dengan penglibatan pensyarah, kakitangan dan pelajar IKDAR.
Alhamdulillah program berlangsung dengan lancar dengan pengisian program diantaranya ceramah, penyampaian sijil, iftar, solat berjemaah, solat terawih yang diimamkan oleh pelajar IKDAR sendiri serta ditutup dengan acara moreh.
Majlis ini selain ingin meraikan bulan Ramadan yang mulia, ia juga bagi mengeratkan silaturrahim antara pensyarah, kakitangan dengan pelajar. Semoga akan datang, lebih banyak majlis-majlis yang melibatkan kakitangan dan pelajar dapat dilaksanakan.







