Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri IKDAR telah diadakan semalam di dewan IKDAR dengan pelbagai juadah hari raya dan suasana meriah dengan kehadiran Rektor IKDAR Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, staff dan semua pelajar IKDAR yang dikasihi.

Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan lagu raya oleh pelajar IKDAR dan semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturahim dan mencipta memori bersama seluruh warga kerja IKDAR. InsyaAllah
‘Melahirkan Huffaz Teknokrat’






