Ujian Terbuka Hafazan Jun IKDAR 2024

Telah berlangsung Ujian Terbuka Hafazan Al-Quran di Dewan Serbaguna, Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan. Ujian terbuka ini dilaksanakan bertujuan untuk menguji sejauhmana kualiti ingatan hafazan al-Quran para pelajar semasa melalui pembelajaran di IKDAR.

IKDAR menjemput panel Al-Fadhil Ustaz Khairul Arif Bin Mohd Khalid, iaitu Mudir Maahad Tahfiz Wa Ta’alimul Quran Arrahimiyah. Seramai 18 peserta dari kalangan pelajar IKDAR yang terpilih untuk mengikuti ujian hari ini.

Dengan adanya program sebegini semoga dapat mengukuhkan kualiti hafazan para pelajar seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk terus mengambil peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia di Darul Quran dan Sijil Tahfiz Negeri Perak.

Melahirkan Huffaz Teknokrat