Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik IKDAR

Alhamdulillah telah diadakan majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik IKDAR bagi meraikan pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023. Sebanyak 50 orang pelajar IKDAR telah berjaya mencatat keputusan yang membanggakan. Pelajar terbaik keseluruhan telah mendapat keputusan 1A+, 3A- dalam subjek tajaan kelas tuisyen IKDAR iaitu Bahasa melayu, Sejarah dan Bahasa Arab.

Majlis ini juga turut meraikan pelajar IKDAR yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sesi Julai-Disember 2023 dan pelajar yang telah menyertai pertandingan hafazan kategori Juz 1-10 beserta tarannum, dan kategori Juz 1-20 di peringkat negeri Perak dan Kebangsaan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada YBrs. Dr. Mior Ahmad Termizi Bin Mior Idris, Ahli Lembaga Pengarah IKDAR, serta Encik Lokman bin Ibrahim, wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah, serta Guru-guru Penasihat mata pelajaran atas kehadiran mereka dalam majlis ini sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya.

Semoga penghargaan ini dapat memberi semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha dan berjaya dalam pendidikan mereka.

Program fast track SPM adalah percuma untuk semua pelajar di IKDAR sejak dari tahun 2019. Kelas tuisyen bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah & Bahasa Arab ditaja oleh IKDAR kepada pelajar-pelajar yang layak.

Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak tahfiz yang ingin melanjut pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mempunyai SPM, boleh sertai kami di IKDAR.

Maklumat lanjut, layari https://ikdar.edu.my atau hubungi talian am: 05-8081101

Melahirkan Huffaz Teknokrat