Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara Permata Al-Quran Kali-9

Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara Permata Al-Quran Kali kesembilan telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 02 hingga 04 Ogos 2024 bertempat di Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Pada hari terakhir, majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang; YBhg. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid serta sempat membuat lawatan ke pameran reruai-reruai disana.

Beliau juga turut meluangkan masa melawat reruai IKDAR sambil disantuni oleh Rektor IKDAR sendiri, Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin.

Di kesempatan tersebut, Rektor IKDAR juga berkongsi sedikit sebanyak visi dan misi IKDAR dalam melahirkan Huffaz teknokrat. Rektor IKDAR juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama dengan YBhg. Timbalan Menteri 1 sebagai kenang-kenangan.

Tahniah diucapkan kepada semua graduan dalam majlis konvokesyen ini.