Satu Lawatan Verifikasi bagi Penarafan Tunggal Program TVET 2024 telah diadakan pada 15 Ogos 2024 bertempat di bilik Mesyuarat Pejabat Rektor IKDAR.
Lawatan ini telah disambut baik oleh YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama Puan Siti Norlina Binti Samad bersama beberapa pensyarah yang terlibat.
Lawatan ini merupakan lawatan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Ahli Panel yang terlibat terdiri daripada Puan Zaitul Iradah Binti Mahid, Puan Rosyuhadah Binti Tahir dan Encik Amrullah Bin Mustapa.
Terima kasih atas kesudian pihak JPK hadir di IKDAR pada hari ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat bagi memastikan lawatan ini berjalan dengan lancar.







