Majlis Half Al-Takharruj ke-14 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, rektor telah hadir ke Majlis Half Al-Takharruj ke-14 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang telah berlangsung pada 28 Ogos 2024 di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UNISSA.

Seramai 454 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dari berbagai program dan peringkat yang terdiri daripada penerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah, Diploma Tertinggi Kebangsaan, Ijazah Khas Hafazan 30 juzuk, serta Diploma Da’ie dan Kepimpinan. Tahniah diucapkan kepada semua graduan pada majlis tersebut.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA serta urusetia Majlis Half Al-Takharruj ke-14 UNISSA atas kesudian menjemput pihak IKDAR untuk hadir ke majlis ini. Semoga hubungan kerjasama ini akan terus erat dan diteruskan pada masa akan datang.