Lawatan Penanda Aras Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah membuat lawatan penanda aras ke Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) pada 11 September 2024. Delegasi ini dipimpin oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Lafzul Bin Muda Al-Hafiz selaku Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Lawatan ini telah disambut baik oleh YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, rektor IKDAR. Turut hadir bersama dalam lawatan ini, YBrs. Tuan Haji Mohd Sabri Bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran ADDIN Perak selaku penasihat teknikal bagi program tahfiz IKDAR.

Dalam lawatan ini, kedua-dua pihak telah membincangkan beberapa perkara berkaitan pelaksanaan Diploma Kemahiran Malaysia yang telah dilaksanakan di IKDAR. Semoga kerjasama ini terus diperkukuhkan dan erat pada masa akan datang