Program Himpunan 24K Huffaz Malaysia telah diadakan pada 14 September 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menghimpunkan para huffaz dari seluruh Malaysia. Program anjuran PINTA Malaysia ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Turut hadir sama YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi dalam program ini.

Turut disediakan ruang bagi “Eksplorasi TVET Tahfiz” yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan berkenaan laluan pengajian tinggi. Ekplorasi TVET Tahfiz ini melibatkan IPT & ILK awam dan swasta dalam TVET. YAB TPM dalam pada masa yang sama turut mengambil kesempatan melawat reruai IKDAR.





