Istiadat Konvokesyen Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan Kali Ke-2 telah diadakan pada 29 September 2024 di Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak.
Istiadat ini telah diisytiharkan pembukaan dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dato’ Haji Muhamad Asri Bin Haji Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah Institusi.

Seramai 319 orang graduan telah digraduasi pada hari tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua graduan.
Selain itu, dalam Majlis tersebut telah diadakan Peluncuran International Journal Islamic of Islamic Education and Heritage (IJIEH) dan penyerahan sumbangan zakat RM300,000 daripada Lembaga Tabung Haji bagi program Iqra’ Tahfiz TVET Diploma Kemahiran Malaysia.


Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Tahniah dan syabas kepada semua graduan atas kejayaan ini. semoga kejayaan para graduan dapat dijadikan sumber inspirasi kepada yang lain.
“MELAHIRKAN HUFFAZ TEKNOKRAT”





