Usrah Haraki Sdn. Bhd telah mengadakan sesi taklimat Haraki kepada para pelajar Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) pada 16 Oktober 2024 di Dewan IKDAR. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Zakaria Bin Din @ Nasirudin, Pengasas al-Quran Kaedah Haraki. Taklimat ini telah berlangsung selama satu jam.
Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kaedah pengajaran al-Quran yang inovatif, khususnya Kaedah Haraki yang menggunakan pendekatan Total Physical Response (TPR). Seterusnya, memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cabaran dan strategi dalam mengajar asas al-Quran kepada orang dewasa. Seterusnya, menjelaskan peluang kerjaya dan laluan pembangunan profesional di Usrah Haraki Sdn Bhd. Akhir sekali, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengajaran al-Quran yang berkesan dan bertajwid.

Terima kasih kepada Usrah Haraki Sdn. Bhd atas kesudian menyampaikan taklimat ini. Semoga taklimat sebegini dapat memberikan peluang dan ruang kepada para pelajar IKDAR dalam mendalami ilmu al-Quran.





