Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan Sesi Temuduga Kemasukan Pelajar Baharu Ke IKDAR Sesi 1/2025.
Antara ujian yg dilaksanakan adalah ujian Bertulis, ujian Shafawi dan ujian Temuduga. Ujian-ujian tersebut telah dipanelkan oleh pensyarah-pensyarah di IKDAR.

Turut diadakan juga taklimat kepada Ibu bapa berkaitan Pengenalan IKDAR, Hala Tuju Pengajian dan pengenalan pendidikan di IKDAR yang telah disampaikan oleh Puan Siti Norlina Binti Samad dan Cik Intan Shufina Binti Johari.
IKDAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa serta calon yang sudi meluangkan masa bagi sesi temuduga ini.






