Mesyuarat Lembaga Pengarah Institusi Bilangan 01/2024

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Institusi Bilangan 01/2024 pada 02 Disember 2024. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Muhamad Asri Bin Haji Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah Institusi IKDAR Sesi 2024/2026. Beberapa perkara telah dibentangkan dan antaranya adalah pembentangan laporan tahunan dan perancangan tahun 2025 yang telah dibentang oleh YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR. Beberapa kertas cadangan dan polisi yang telah ditambah baik juga turut dibentangkan oleh ketua-ketua Jabatan untuk mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengarah Institusi.

Semoga polisi dan perancangan tahun 2025 dapat dijalankan dengan baik dan dapat lebih memajukan IKDAR dalam melahirkan huffaz yang cemerlang dari segi kerohanian dan pendidikan yang berkualiti.