Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak telah mengadakan Konvensyen Tahfiz Perak 2024 di Dewan Saidina Omar, Auditorium INTIM, Ipoh. Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan telah dijemput untuk bersama-sama bagi pembukaan reruai dalam Konvensyen Tahfiz Perak 2024. Hadir bersama dalam Konvensyen ini ialah YB Dato Seri Nizar selaku Pengerusi Jawatan kuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam. Turut hadir bersama Tuan Haji Zakaria Bin Abd. Razak selaku Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR dan selaku Pengerusi Jawatakuasa Kerja (JKK) Pembangunan Tahfiz TVET Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Kementerian Sumber Manusia telah menjadi salah satu pembentang dalam konvensyen ini. Beliau membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk “Tahfiz TVET : Model Pendidikan Lanjutan Pelajar Tahfiz”.

Terima kasih diucapkan kepada barisan PEMATAP terutama YBhg. Dato’ Haji Mohd Azlan Bin Suhaimi selaku pengerusi PEMATAP atas kesudian menjemput pihak IKDAR untuk bersama-sama dalam konvensyen ini. Semoga hasrat dalam memartabatkan pendidikan Pendidikan Al-Quran di negeri Perak dapat dicapai dan dapat melahirkan huffaz yang cemerlang dari segi semua aspek.