MAJLIS PENYERAHAN MUSHAF QIRAAT ASYARA SEPULUH DAN BUKU SYARAH USUL QIRAAT 7 & 3

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan Majlis Penyerahan Kitab Mushaf Qiraat Asyara Sepuluh dan Buku Syarah Usul Qiraat 7 & 3 pada 27 Disember 2024 di Dewan IKDAR. YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR telah hadir dalam majlis ini bersama Tuan Abd. Razak Bin Abd. Rashid, Pengurus Projek Kasih Huffaz, Tuan Zuraimi Bin Razali, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Taiping, Tuan Zainal Abidin Bin Mohd Isha, Service Operations Executive, Perodua Cawangan Taiping dan wakil-wakil kakitangan daripada Bank Rakyat dan Perodua Taiping.

Kitab Mushaf Qiraat Asyara Sepuluh dan Buku Syarah Usul Qiraat 7 & 3 telah disumbangkan oleh Kasih Huffaz kepada pelajar-pelajar IKDAR bagi mendalami ilmu al-Quran dan al-Qiraat. Buku-buku tersebut telah ditaja oleh kakitangan Bank Rakyat dan kakitangan Perodua.

IKDAR mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga sumbangan tersebut dapat digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya. Jutaan terima kasih juga kepada Wakil daripada Kasih Huffaz, Bank Rakyat dan Kakitangan Perodua atas kesudian hadir pada majlis ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang