Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah menerima kunjungan daripada Institut Penyelidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (My RIVET) Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) pada 30 Disember 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat , Pejabat Rektor IKDAR.
Kunjungan ini telah diketuai oleh Prof. Emeritus Dr. Jailani Bin Md Yunos , Director My RIVET. Kunjungan ini telah disambut baik oleh Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR. Turut hadir bersama dalam pembentangan ini Ts. Kamaruzaman Bin Hj. Md Ali, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Dr. Khairul Azhar Bin Abdul Halim, Urusetia Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan, Ustaz Haji Mohammad Farid Bin Jaafar, Pengerusi Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (PINTA) Perak, Ustaz Mohd Zaharudin Bin Hussain, Setiausaha Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor (PITAS), Ustaz Syed Syarim Bin Shayid Khalim, Timbalan Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA Al-Quran).

Tujuan pembentangan ini diadakan adalah untuk mendapatkan input daripada semua pihak yang terlibat dalam merangoka kajian berkenaan Tahfiz TVET Negara.
Semoga input-input yang telah diberikan dapat membantu My RIVET dalam melaksanakan Tahfiz TVET. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.





