Kunjungan serta Lawatan Cadangan Tapak dan Perbincangan Penubuhan Cawangan Pusat Bertauliah Al-Qurra-IKDAR

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan telah mengadakan lawatan tapak dan perbincangan bagi penubuhan cawangan Pusat Bertauliah Al-Qurra-IKDAR pada 16 Januari 2025 bertempat di Madrasah Qurra, Ayer Keroh, Melaka.

Lawatan ini telah diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Haji Muhamad Asri Bin Haji Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah Institusi bersama Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR, Tuan Syed Mohamad Bin Syed Zakaria, Penasihat Undang-Undang IKDAR dan kakitangan IKDAR.

Lawatan ini telah disambut baik oleh Al-Fadhil Ustaz Yazid Bin Musa, Pengerusi Madrasah Al-Qurra dan Al-Fadhil Ustaz Yusouf Bin Musa, Mudir Madrasah Al-Qurra bersama kepimpinan pentadbiran daripada Madrasah Al-Qurra.

Perbincangan bersama Madrasah Al-Qurra telah diadakan dan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Muhammad Hafiz Bin Saleh, Ahli Fatwa Negeri Melaka merangkap Ahli Lembaga Pengarah IKDAR. Beberapa perkara telah dibincangkan dan dipersetujui di antara IKDAR dan Madrasah Al-Qurra.

Semoga perbincangan ini dan hasrat murni dalam menubuhkan Cawangan Pusat Bertauliah Al-Qurra-IKDAR dapat dilaksanakan dalam melahirkan huffaz yang cemerlang dalam bidang pendidikan tinggi dan bukan hanya dalam bidang al-Quran.